🧹🇲🇾 PROGRAM CUCI MALAYSIA 🇲🇾🧹
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Cuci Malaysia sebagai usaha bersama dalam memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih, ceria dan selesa untuk komuniti setempat.
Program ini dirasmikan saudara Azmee Merak Warisan selaku Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wangsa Maju. Pilihan lokasi tahun ini adalah di KRT Taman Setapak Indah iaitu pengerusinya adalah orang lama En Yusuf. Taman Setapak Indah juga adalah di bawah Sub Zon 5 pengerusinya Hj Khair Nasaruddin .
Berterima kasih kepada Pengurus Cawangan DBKL Wangsa Maju Tuan Fairuz dan kakitangan yang terlibat yang menjayakankan program Program Cuci Malaysia 2026.
🤝 Semangat gotong-royong dan kerjasama antara agensi serta komuniti dan penduduk berdekatan amat penting dalam mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan kondusif.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan para penduduk yang bersama-sama menjayakan program ini.
Bersih Kawasan, Ceria Komuniti, Sejahtera Bersama. 🇲🇾✨
#ProgramCuciMalaysia #KRTTamanSetapakIndah #DBKL #MPP #SWCorp #AlamFlora #GotongRoyong #KomunitiMadani
[Date: Sabtu, 26 September 2026]
[Venue: Taman Setapak Indah]
[Organizer: MPP Wangsa Maju]
