mesyuarat pkr wangsa maju

Alhamdulillah, sebelum memulakan Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Wilayah Persekutuan, saya berkesempatan menyantuni dan bertemu dengan pimpinan serta anggota Cabang KEADILAN Wangsa Maju.

Pelbagai persoalan, pandangan dan perkara berbangkit telah dilontarkan dalam perjumpaan tersebut. Saya menghargai keterbukaan dan kesediaan rakan-rakan di Cabang untuk berkongsi pandangan secara terus, kerana pertemuan seperti inilah yang dapat memperkukuhkan hubungan antara pimpinan dan akar umbi.

Saya turut mengingatkan bahawa dalam setiap langkah dan keputusan yang kita ambil, “Parti diutamakan” mesti menjadi pegangan bersama.

Kepentingan parti, kekuatan organisasi dan agenda perjuangan hendaklah sentiasa diletakkan di hadapan kepentingan peribadi atau kelompok. Perbezaan pandangan adalah perkara biasa dalam sebuah organisasi yang besar, namun jangan sesekali perbezaan tersebut memecah-belahkan kita.

KEADILAN mesti terus diperkukuhkan dari akar umbi. Cabang yang kuat akan melahirkan organisasi yang kuat, dan organisasi yang kuat akan memastikan perjuangan kita terus berada di landasan yang betul.

Terima kasih Saudara Azmee bin Abdul Rahim, Pemangku Ketua Cabang dan ahli jawatankuasa Cabang KEADILAN Wangsa Maju atas persediaan program ini.

Insya-Allah, dengan semangat kebersamaan dan  disiplin kita mampu memperkukuhkan KEADILAN Wilayah Persekutuan dan terus berkhidmat kepada rakyat.


Datuk Azman bin Abidin

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri

Parti Keadilan Rakyat Wilayah Persekutuan


[Date: Rabu, 2 September 2026]

[Venue: Taman Setapak]

[Organizer: Cabang Wangsa Maju]

Print Friendly and PDF